Penjadualan Kemahkotaan Charles III dan Camilla

Memandangkan persiapan untuk istiadat pertabalan mengambil masa, ia "tidak mungkin diadakan untuk beberapa bulan";[7] pertabalan Elizabeth II pada tahun 1953 diadakan 16 bulan selepas baginda naik takhta.[1] Istana Buckingham juga mahu memastikan masa yang mencukupi untuk meratapi kemangkatan pendahulu Charles sebelum mengadakan majlis yang meriah itu. Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada kaunselor privi akan dilantik bagi merancang istiadat pertabalan, walaupun mungkin hanya selepas sebulan berkabung untuk Elizabeth II. Oleh itu, pertabalan Charles dijangka diadakan pada musim bunga atau musim panas (hemisfera utara) 2023, mungkin pada 2 Jun, ulang tahun ke-70 pertabalan bondanya.[6] Pertubuhan anti-monarki Republic telah mengumumkan bantahan menjelang istiadat itu.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kemahkotaan Charles III dan Camilla https://www.bbc.com/news/uk-59135132 https://www.bbc.com/news/uk-62860893 https://www.bbc.com/news/uk-england-london-6287537... https://www.theguardian.com/uk-news/2022/sep/08/ca... https://www.theguardian.com/uk-news/2022/sep/08/pr... https://www.theguardian.com/uk-news/live/2022/sep/... https://www.theguardian.com/uk-news/live/2022/sep/... https://books.google.co.uk/books?id=yBhbEAAAQBAJ&p... https://www.telegraph.co.uk/royal-family/2022/09/1... https://www.thetimes.co.uk/article/ghosts-heres-th...